Khamis, 1 November 2012

SEUNTAI KATA


GURU BESAR ( Tuan Haji Hassan bin Karno )


Kepentingan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada masa kini tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua Franca pada zaman kegemilangan Melaka pada masa dahulu.Ianya telah digunakan secara meluas oleh pedagang pedagang asing yang telah menjalankan perniagaan di Melaka pada ketika itu seperti pedagang Arab,China,India,Makasar dan lain lain lagi.Dengan erti kata lain Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama untuk berkomunikasi pada ketika itu.


Secara tidak langsung Bahasa Melayu pada ketika itu mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi.Bahasa inggeris juga adalah bahasa yang sangat penting dalam konteks pengunaannya pada masa kini. Ianya sangat meluas digunakan dalam era globalisasi pada masa kini. 


Oleh itu,kedua dua bahasa ini mempunyai nilai kepentingannya dalam konteks pendidikan di Malaysia. Kedua dua bahasa ini perlulah dipupuk dan disemaikan daripada peringakat rendah lagi agar murid murid dapat menguasai kemahiran berbahasa dalam kedua dua bahasa tersebut.



PENOLONG KANAN 1 
( Encik Baharun bin Ariffin )


Kepesatan dunia pada masa kini tidak terbatas daripada aspek teknologi.Pada setiap hari ada saja perubahan perubahan teknologi yang berlaku di dunia.Selain itu inovasi juga sentiasa berlaku pada setiap masa dalam bidang teknologi.Oleh itu,semua individu tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus teknologi ini.


Pernyataan di atas merupakan terminologi yang ingin saya bandingkan dengan pengunaan bahasa pada masa kini. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mempunyai kepentingan yang tidak terbatas dalam konteks pengunaannya di negara kita.


Langkah kementerian yang melaksanakan mbmmbi ini pada masa kini amatlah bersesuaian dengan senario masa kini. Murid murid perlu ditekankan tentang kepentingan kedua dua bahasa tersebut.Latihan latihan secara latih tubi dan kemahiran lisan perlulah dilihat sebagai wacana utama oleh guru guru yang terlibat bagi menjayakannya supaya bidang pendidikan terus menuju mercu kejayaan yang membanggakan.



KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
 ( En Badrul Hisham Abu Samah)


Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dI Malaysia.Oleh itu peranan Bahasa Melayu perlulah dimartabatkan di Malaysia sesuai dengan peranannya sebagai bahasa rasmi di negara kita.Bahasa Melayu pada masa kini jika dilihat pada susur galurnya dalam bidang pendidikan mempunyai sejarah yang panjang.


Bermula dengan pelbagai laporan seperti laporan Rahman Talib,Semakan Jawatankuasa Kabinet,laporan Razak dan sebagainya dimana setiap laporan ini bertindak untuk memartabatkan dan memperkasakan keunggulan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan di Malaysia.


Begitu juga dengan pengunaan Bahasa Inggeris yang telah diperkasakan daripada semasa ke semasa dalam mewujudkan peranannya yang lebih trampil di negara ini.ini terbukti dengan pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.


Walaupun  pengunaannya telah dimansuhkan pada masa kini,tetapi Kementerian telah mengambil langkah yang positif dimana program mbmmbi pula telah diperkenalkan bagi memantapkan pengunaan Bahasa Inggeris pada masa kini.



KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS  
( Pn Siti Fairuz binti Samiron)


Bahasa Inggeris mempunyai kepentingan dalam era dunia pendidikan di negara kita. Peranan Bahasa inggeris telah digunakan dengan meluas di negara kita meliputi pelbagai bidang yang berkaitan.

Dalam konteks pendidikan di negara kita,mbmmbi yang telah diperkenalkan mempunyai matlamat yang amat jelas untuk memartabatkan pengunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan di negara ini.Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan kepada seseorang individu.

Mereka akan dapat berkomunikasi dan memudahkan mereka berurusan dalam sesetengah perkara yang memerlukan mereka  berbahasa Inggeris.Persepsi masyarakat di negara kita juga telah berubah pada masa kini.Amat jelas banyak ibu bapa yang telah menghantar anak anak mereka belajar Bahasa Inggeris dikebanyakan pusat pusat tuisyen untuk memahirkan diri dalam pengunaan bahasa tersebut.











PANORAMA SEKOLAH



Tempat perhimpuan setiap Isnin

Paparan motivasi pintu hadapan

Pemandangan daripada pintu masuk

Pemandangan dari hadapan